Tuesday, February 3, 2009

Dari Homestay Ke Dataran Alor Gajah

Tarikh: 31 January 2009
Tempat: Homestay Utas Tours, Alor Gajah Melaka
.
.
Aktiviti pada subuh ini dimulakan dengan pengagihan sarapan pagi (sahur) kepada semua ahli keluarga panitia, jawatankuasa ekspidisi, para cyclers dan keluarga mereka.
.
Sempat bergambar dgn isteri dan anak tersayang

.

Abg Mat sudah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan. Pada eskpidisi kali ini dia ditugaskan sebagai pemandu ketua jelajah di mana dia akan memulakan kayuhan dan diikuti dgn semua cyclers dari seluruh Semenanjung Malaysia.

.
Sesi briefing sebelum ekspidisi dimulakan. Seramai lebih dari 50 peserta mengambil bahagian. Penerangan yang jelas perlu diberikan bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

.
Kelihatan dalam keadaan kabur semua penunggang sudah memulakan kayuhan sejauh 4 km ke dataran Alor Gajah sebelum ekspidisi dimulakan untuk kayuhan ke Jasin.


Tiba di Dataran Alor Gajah dan semua cyclers bersama basikal GIANT masing2 mengambil tempat seperti yang telah diaturkan sambil menunggu ketibaan YDP Alor Gajah.

Perjalanan Dimulakan... dan Tiba Di MELAKA

Semua dah sedia dan perjalanan ke melaka pon bermula.
salah sebuah kereta yang konvoi ke melaka juga membawa sebuah basikal giant

Akhirnya tiba di homestay yang terletak di Alor Gajah. Semua kaum ibu dan anak-anak di tempatkan di salah sebuah rumah dari 7 buah rumah double storey yang di sewa.


Mula merehatkan diri sambil menunggu peserta-peserta dari seluruh semenanjung melaporkan diri.



Ini antara basikal2 yang akan dikayuh oleh cyclers2 dan pada malam ni tugas aku menjaga basikal2 mereka memandangkan cyclers perlu berehat untuk simpan tenaga bagi acara keesokan harinya.

Monday, February 2, 2009

Sebelum Pengembaraan Bermula

Tarikh: 30 January 2009
.
Pembukaan tahun 2009 ACT memberi ruang kepada team ACT 1 untuk menjadi tuan rumah mengendalikan ekspidisi kayuhan basikal seperti tahun-tahun sebelumnya. Jika tahun lepas ACT berjaya mengelilingi sejauh lebih dari 2000 km yg meliputi Malaysia, Singapura dan Thailand, kali ini pengembaraan di mulakan dari negeri Melaka dengan membawa tema MELAKA BUMI BERTUAH, SEJAHTERA MALAYSIAKU.
.
.
.
.
Ini merupakan proses biasa untuk membawa basikal ke satu-satu lokasi yg ingin di tuju. Dan kerja2 pemasangan ini dilakukan sendiri oleh pemilik basikal ini iaitu Abg Mat @ Logam yg jugak merupakan biras aku.




Maksima hanya dua buah basikal yg dibenarkan untuk dibawa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Setelah segalanya selesai perjalanan di mulakan ke destinasi yang dijanjikan.

Wednesday, September 17, 2008

Best!!

dengan puteri cahaya aku


Takda apa yg nak dikatakan cuma aku terlalu suka dengan aktiviti ini. Cuma belom ada rezeki aku nak merembat satu. Apo nak dikato?!
Show all