Tuesday, February 3, 2009

Dari Homestay Ke Dataran Alor Gajah

Tarikh: 31 January 2009
Tempat: Homestay Utas Tours, Alor Gajah Melaka
.
.
Aktiviti pada subuh ini dimulakan dengan pengagihan sarapan pagi (sahur) kepada semua ahli keluarga panitia, jawatankuasa ekspidisi, para cyclers dan keluarga mereka.
.
Sempat bergambar dgn isteri dan anak tersayang

.

Abg Mat sudah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan. Pada eskpidisi kali ini dia ditugaskan sebagai pemandu ketua jelajah di mana dia akan memulakan kayuhan dan diikuti dgn semua cyclers dari seluruh Semenanjung Malaysia.

.
Sesi briefing sebelum ekspidisi dimulakan. Seramai lebih dari 50 peserta mengambil bahagian. Penerangan yang jelas perlu diberikan bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

.
Kelihatan dalam keadaan kabur semua penunggang sudah memulakan kayuhan sejauh 4 km ke dataran Alor Gajah sebelum ekspidisi dimulakan untuk kayuhan ke Jasin.


Tiba di Dataran Alor Gajah dan semua cyclers bersama basikal GIANT masing2 mengambil tempat seperti yang telah diaturkan sambil menunggu ketibaan YDP Alor Gajah.

0 comments: