Showing posts with label Basikal Giant. Show all posts
Showing posts with label Basikal Giant. Show all posts

Tuesday, February 3, 2009

Tiba di Jasin dan Tanam Pokok

Selepas berkayuh sejauh 37 km dan mengambil masa 2 jam semua cyclers ACT tiba di Stadium Jasin. Apa yang menggembirakan ekspidisi ini turut disertai oleh Jasin Bikers Club. Seramai hampir 20 bikers dari JBC terlibat dalam ekspidisi ini.
Abg Mat dan semua ahli ACT mengambil tempat.
ACT dan JBC mengambil tempat bagi menyambut ketibaan YDP Jasin.

YDP Jasin tiba dan bersalaman dgn semua penunggang.



Aktiviti selanjutnya diteruskan dengan acara wajib bagi ACT iaitu menanam pokok di setiap lokasi ekspidisi. Penggamburan tanah di mulai dgn YDP Jasin.



Diikuti pengerusi ACT.

Seterusnya wakil dari JBC.


Sebelum menuju ke dewan, sebahagian ahli JBC dan ACT bergambar kenangan.


Dari Alor Gajah Ke Jasin

Berikutnya adalah gambar-gambar di sekitar majlis di Dataran Alor Gajah

.

.

YDP Alor Gajah tiba untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Bersama beliau ialah pensihat ACT dan penaung ACT.


Sebelum melancarkan ekspidisi, YDP diberikan cenderahati dari pihak ACT.



Bergambar kenangan di sekitar majlis.



Bersama dgn sebahagian dari panitia ekspidisi.

Antara marshal yang akan mengawal lalulintas


Sebahagian dari 50 peserta sudah bersedia.

Aktiviti streching sebelum kayuhan di mulakan.


Ini adalah destinasi yang akan mereka tuju dan ada aktiviti yang sudah sedia menanti

Dari Homestay Ke Dataran Alor Gajah

Tarikh: 31 January 2009
Tempat: Homestay Utas Tours, Alor Gajah Melaka
.
.
Aktiviti pada subuh ini dimulakan dengan pengagihan sarapan pagi (sahur) kepada semua ahli keluarga panitia, jawatankuasa ekspidisi, para cyclers dan keluarga mereka.
.
Sempat bergambar dgn isteri dan anak tersayang

.

Abg Mat sudah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan. Pada eskpidisi kali ini dia ditugaskan sebagai pemandu ketua jelajah di mana dia akan memulakan kayuhan dan diikuti dgn semua cyclers dari seluruh Semenanjung Malaysia.

.
Sesi briefing sebelum ekspidisi dimulakan. Seramai lebih dari 50 peserta mengambil bahagian. Penerangan yang jelas perlu diberikan bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

.
Kelihatan dalam keadaan kabur semua penunggang sudah memulakan kayuhan sejauh 4 km ke dataran Alor Gajah sebelum ekspidisi dimulakan untuk kayuhan ke Jasin.


Tiba di Dataran Alor Gajah dan semua cyclers bersama basikal GIANT masing2 mengambil tempat seperti yang telah diaturkan sambil menunggu ketibaan YDP Alor Gajah.

Perjalanan Dimulakan... dan Tiba Di MELAKA

Semua dah sedia dan perjalanan ke melaka pon bermula.
salah sebuah kereta yang konvoi ke melaka juga membawa sebuah basikal giant

Akhirnya tiba di homestay yang terletak di Alor Gajah. Semua kaum ibu dan anak-anak di tempatkan di salah sebuah rumah dari 7 buah rumah double storey yang di sewa.


Mula merehatkan diri sambil menunggu peserta-peserta dari seluruh semenanjung melaporkan diri.



Ini antara basikal2 yang akan dikayuh oleh cyclers2 dan pada malam ni tugas aku menjaga basikal2 mereka memandangkan cyclers perlu berehat untuk simpan tenaga bagi acara keesokan harinya.