Wednesday, June 17, 2009

SALAM

Lama betol tak bercerita kat sini ada beberapa perkara yang ingin dikongsi. Bila ada kelapangan akan diceritakan.

Sampai bertemu lagi.

Salam.

Wednesday, February 4, 2009

Ke Zoo Melaka

Destinasi yg dituju ialah ke Zoo Melaka. melihat binatang2 sambil bawak anak dan isteri berjalan..

Pengalaman tak mungkin dilupakan Cahaya, menunggang kuda.

dan menunggang kura-kura.

Sebelum balik main di taman permainan sampai taknak balik.

Seterusnya kami pulang ke rumah masing-masing. Di highway sempat aku rakam aksi seorg mat rempit yang gebu cuba memecut tapi motornya tak mampu bergerak laju.


Selesai sudah ekspidisi kami. Akan datang sekali lagi kami diberi kepercayaan menjadi tuan rumah untuk satu lagi eskpidisi. Kemana dan di mana lokasinya. Nanti akan diceritakan.
.
Alhamdulillah.




Sudah Selesai

Sebelum check out kami semua bersarapan terlebih dahulu.

Selepas sarapan kami check out dan seterusnya kembali ke tapak tanaman pokok untuk aktiviti penutup.

Abang Mat selaku Pemandu Ketua Jelajah menyiram pokok tersebut.

Kami semua bersama-sama ahli keluarga bergambar kenangan sebelum masing2 meneruskan perjalanan masing2.

Aku dan family turut meneruskan perjalanan tapi kami tak terus pulang ada lokasi yang ingin dituju.

Check In, BBQ dan zzzz

Selepas semua selesai kami check in di Akademi Pelancongan Melaka.
Yang paling gembira hari tu ialah Cahaya

Kemudian aku gerak ke PD untuk ambik ikan dan ayam yang telah ditempah awal dengan ayahku. Dan malamnyer aktiviti bbq dan makan-makan.

Peluang ini diambil untuk beramah mesra dengan ahli2 keluarga semua ahli2 ACT. Aktiviti sebegini memang elok untuk merapatkan sillaturrahim sesama ahli.
.
Program malam ini berakhir hingga larut malam. Ketika para suami mengemas, para isteri dan anak2 sudah kembali ke bilik masing2. Selesai segalanya barulah aku dapat melelapkan mata.

Ke Dewan Untuk Acara Seterusnya

Selepas aktiviti tanam pokok, semua peserta bergambar kenangan bersama-sama.kemudian beramai-ramai berjalan kaki menuju ke dewan yang berhampiran termasuk YDP yang menurut Abg Mat tak berhenti bercerita.



Tiba di Dewan Alamanda MPJ.
Masing-masing mengambil tempat


VIP juga mengambil tempat di atas dewan.


Ucapan dari YDP Jasin

Dan seterusnya aktiviti menjamu selera.

Tuesday, February 3, 2009

Tiba di Jasin dan Tanam Pokok

Selepas berkayuh sejauh 37 km dan mengambil masa 2 jam semua cyclers ACT tiba di Stadium Jasin. Apa yang menggembirakan ekspidisi ini turut disertai oleh Jasin Bikers Club. Seramai hampir 20 bikers dari JBC terlibat dalam ekspidisi ini.
Abg Mat dan semua ahli ACT mengambil tempat.
ACT dan JBC mengambil tempat bagi menyambut ketibaan YDP Jasin.

YDP Jasin tiba dan bersalaman dgn semua penunggang.



Aktiviti selanjutnya diteruskan dengan acara wajib bagi ACT iaitu menanam pokok di setiap lokasi ekspidisi. Penggamburan tanah di mulai dgn YDP Jasin.



Diikuti pengerusi ACT.

Seterusnya wakil dari JBC.


Sebelum menuju ke dewan, sebahagian ahli JBC dan ACT bergambar kenangan.


Dari Alor Gajah Ke Jasin

Berikutnya adalah gambar-gambar di sekitar majlis di Dataran Alor Gajah

.

.

YDP Alor Gajah tiba untuk merasmikan majlis pada pagi ini. Bersama beliau ialah pensihat ACT dan penaung ACT.


Sebelum melancarkan ekspidisi, YDP diberikan cenderahati dari pihak ACT.



Bergambar kenangan di sekitar majlis.



Bersama dgn sebahagian dari panitia ekspidisi.

Antara marshal yang akan mengawal lalulintas


Sebahagian dari 50 peserta sudah bersedia.

Aktiviti streching sebelum kayuhan di mulakan.


Ini adalah destinasi yang akan mereka tuju dan ada aktiviti yang sudah sedia menanti